Khamis, 4 Januari 2018


Ikhtiar, Ubat dan Tawakkal.

Berikhtiar mencari kesembuhan, ubat dan penawar untuk apa jua penyakit yang dihadapi, sama ada penyakit rohani ataupun jasmani, adalah suatu amalan yang dianjurkan oleh Islam berdasarkan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang sahih mengenai perkara ini. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “sesungguhnya Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya akan penawarnya, maka hendaklah kamu semua berubat.”( Hadis riwayat Ibnu Majah dan an-Nasa'i ). dan sabdanya lagi yang bermaksud, “Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat'menepati' penyakit maka berlakulah kesembuhan dengan izin Allah.” ( Hadis riwayat Muslim ).

Di dalam satu hadis yang lain, seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi s.a.w., “wahai Rasullulah, adakah kita dianggap berdosa sekiranya tidak berubat ( apabila sakit )?” Lalu Nabi s.a.w. bersabda, berubatlah, wahai para hamba Allah, maka sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diletakkan bersamanya akan penawarnya kecuali sakit tua.”

Antara titik paling popular untuk melegakan rasa loya, sakit perut, kebimbangan, ketakutan dan panik. P6 atau Inner Gate adalah titik yang paling banyak digunakan dalam penyelidikan saintifik. Mengapa? Kerana ia benar-benar berkesan untuk menenangkan & melegakan tubuh badan anda. Titik P6 terletak 3 jari dari pergelangan tangan. Urut secara berputar arah lawan jam.