Khamis, 28 Disember 2017


MENGAPA MATA TAK BOLEH MELIHAT ALLAH?


“Saya rasa, Allah bagi semua benda supaya kita percaya Dia. Bagi Quran, bagi alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tak bagi. Dan saya rasa, oleh kerana Allah tak bagi yang ini, saya susah nak bulatkan kepercayaan saya kepada-Nya. Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?” tanya Salina.

Sepi seketika.
Nampaknya semakin ramai yang menyertai perbualan kami. Bagus sebenarnya dikosongkan waktu antara Maghrib dan Isyak kerana berdasarkan pengalaman saya, inilah waktu santai yang bisa mencungkil pelbagai cerita yang tidak boleh dicungkil di dewan kuliah.
“Awak pelajar kelas sains ke?” saya menyoal.
“Ya” jawabnya.
“Ok, ustaz jawab ikut pelajaran sains awak ya!” saya memulakan jawapan.
Dia mengangguk.

Walaupun sebenarnya, jika saya kena jawab cara ‘sastera’, saya pun tidak tahu macam mana.
“Untuk membolehkan kita melihat sesuatu, benda itu mestilah lemah. Lemah dalam erti kata ia terbatas, terikat dan perlu tunduk kepada undang-undang tertentu, yang diri kita pun terikat dengannya. Awak rasa undang-undang apa?” saya mengujinya secara bertahap.
“Sunnatullah!” katanya. Mungkin memetik kuliah saya sebelumnya.

“Kita ketepikan istilah Sunnatullah. Kita guna istilah yang awak lebih familiar. Benda yang kita nak tengok, ia kena lemah dalam erti kata, ia kena tunduk dan tertakluk kepada hukum sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, dicerap oleh mata, dihantar ke otak dan ditafsir sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada ‘di atas’ undang-undang tersebut. Beyond the limit. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu Sains” saya mencuba perlahan-lahan.

“Maksud ustaz, bukan Allah tak bagi kita tengok Dia, tapi kita yang tak mampu tengok Dia?” tanya beliau.

“EXACTLY!!! Benar. Betul sekali. Keinginan kita untuk melihat Allah itu memerlukan kita mempunyai tool yang tiada di dalam kehidupan sekarang ini. Kita dan kemampuan kita kecil. Tidak cukup untuk melihat yang Maha Besar” saya jelaskan.

Terpana dengan kesimpulan yang dibuat oleh pelajar itu tadi.
“Itulah makna kita menyebut Allahu Akbar!” saya menambah.
Beliau mengangguk.
“Awak rasa macam mana?” saya menyoal.
“Logik. Ok, thanks ustaz. Tu ramai lagi nak tanya soalan kepada ustaz. Saya minta diri dulu” katanya kepada saya. Beliau bangun meminta diri.


Kredit: Ustaz Hasrizal Jamil. SAIFULISLAM.COM.


Dialog Professor dengan Presiden



Mungkin ini adalah pertemuan sakral yang: dialami oleh Prof. DR. H. Kadirun Yahya, Msc – seorang angkatan 1945, ahli sufi, ahli fizik dan pernah menjadi  rektor Universiti Panca Budi, Medan - dengan Presiden RI pertama Ir. Soekarno.

Beliau bersama rombongan ketika itu disambut di lobi Istana Merdeka (sekitar bulan Julai 1965) bersama dengan Prof. Ir. Brojonegoro (alm), Prof. dr. Syarif Thayib, Bapak Suprayogi, Admiral John Lie, Pak Sucipto Besar, Kapolri, Duta Besar Belanda.

Presiden:
“Saya telah banyak melihat teman-teman saya meninggal dunia lebih dahulu dari saya, dan hampir semuanya matinya jelek kerana banyak dosa rupanya. Sayapun banyak dosa dan saya takut mati jelek. Maka saya selidiki Al-Quran dan Al-Hadits bagaimana caranya supaya dengan mudah hapus dosa saya dan dapat ampunan dan bisa mati tersenyum."

"Lantas saya ketemu dengan satu Hadits yang bagi saya berharga. Bunyinya kira-kira sebagai berikut : Rasulullah berkata; Seorang wanita penuh dosa berjalan di padang pasir, bertemu dengan seekor anjing dan kehausan. Wanita tadi mengambil gayung yang berisikan air dan memberi minum anjing yang kehausan itu. Rasul lewat dan berkata: Hai para sahabatku. Lihatlah, dengan memberi minum anjing itu, hapus dosa wanita itu dunia dan akhirat. Ia ahli syurga”.

“Nah Profesor, tadi engkau katakan bahwa untuk mendapatkan syurga harus berkorban segala-galanya, berpuluh-puluh tahun untuk Allah baru dapat masuk syurga. Itupun barangkali. Sementara sekarang seorang wanita yang berdosa dengan sedikit saja jasa, itupun pada seekor anjing pula, dihapuskan Tuhan dosanya dan ia ahli syurga. How do you explain it Professor?” Tanya Bung Karno lanjut. Profesor Kadirun Yahya terlihat tidak langsung menjawab. Ia hening sejenak. Lantas berdiri dan meminta kertas.

Bung Karno adalah seorang jurutera dan Profesor Kadirun Yahya adalah ahli kimia/fizik.
Di atas kertas Prof. Kadirun mulai menuliskan penjelasannya.
10/10 = 1 ;
“Ya” kata Presiden.
10/100 = 1/10 ; “Ya” kata Presiden.
10/1000` = 1/100 ;
“Ya” kata Presiden.
10/10.000 = 1/1000 ;
“Ya” kata Presiden.

10 / ∞ (tak terhingga) = 0 ;
“Ya” kata Presiden.
1000.000 … / ∞ = 0 ;
“Ya” kata Presiden.
(Berapa saja + Apa saja) /∞ = 0;
“Ya” kata Presiden.
Dosa / ∞ = 0 ;
“Ya” kata Presiden. 

Nah…” lanjut Prof,
1 x ∞ = ∞ ;
“Ya” kata Presiden
½ x ∞ = ∞ ;
“Ya” kata Presiden.
1 zarah x ∞ = ∞ ;
“Ya” kata Presiden.

“… ini artinya, sang wanita, walaupun hanya 1 zarah jasanya, bahkan terhadap seekor anjing sekalipun, mengkaitkan, menggandengkan gerakannya dengan yang Maha Akbar."
"Mengikutsertakan yang Maha Besar dalam gerakan-gerakannya, maka hasil dari gerakannya itu menghasilkan ibadah yang begitu besar, yang langsung dihadapkan pada dosa-dosanya, yang pada saat itu juga hancur berkeping-keping. Ditorpedo oleh PAHALA yang Maha Besar itu. 1 zarah x ∞ = ∞ Dan, Dosa / ∞ = 0.
Itulah dia jawabannya Presiden” jawab Profesor.

Bung Karno diam sejenak . “hebat” katanya kemudian. Dan Bung Karno terlihat semakin penasaran.
Masih ada lagi pertanyaan yang ia ajukan. “Bagaimana agar dapat hubungan dengan Tuhan?” katanya.
Profesor Kadirun Yahya pun lanjut menjawabnya. “Dengan mendapatkan frekuensi-Nya. Tanpa mendapatkan frekuensi-Nya tak mungkin ada kontak dengan Tuhan."

"Lihat saja, walaupun 1 mm jaraknya dari sebuah zender radio, kita letakkan radio dengan frekuensi yang tidak sama, maka radio kita itu tidak akan mengeluarkan suara dari zender tersebut. Begitu juga dengan Tuhan, walaupun Tuhan berada lebih dekat dari kedua urat leher kita, tak mungkin ada kontak jika frekuensi-Nya tidak kita dapati”, jelasnya.

“Bagaimana agar dapat frekuensi-Nya, sementara kita adalah manusia kecil yang serba kekurangan ?” tanya Presiden kemudian.
“Melalui isi dada Rasulullah” jawab Prof.
“Dalam Hadits Qudsi berbunyi yang artinya : Bahwasanya Al-Quran ini satu ujungnya di tangan Allah dan satu lagi di tangan kamu, maka peganglah kuat-kuat akan dia” (Abi Syuraihil Khuza’ayya.r.a), lanjutnya.

Prof menyambung, “Begitu juga dalam QS.Al-Hijr :29 – Maka setelah Aku sempurnakan dia dan Aku tiupkan di dalamnya sebagian rohKu, rebahkanlah dirimu bersujud kepadaNya”.
"Nur Illahi yang terbit dari Allah sendiri adalah tali yang nyata antara Allah dengan Rasulullah. Ujung Nur Illahi itu ada dalam dada Rasulullah. Ujungnya itulah yang kita hubungi, maka jelas kita akan dapat frekuensi dari Allah SWT", kata Prof.

Prof melanjutkan, "Lihat saja sunnatullah, hanya cahaya matahari saja yang satu-satunya sampai pada matahari. Tak ada yang sampai pada matahari melainkan cahayanya sendiri. Juga gas-gas yang saringan-saringannya tak ada yang sampai matahari, walaupun ‘edelgassen’ seperti : Xenon, Crypton, Argon, Helium, Hydrogen dan lain-lain. Semua vacuum!

Yang sampai pada matahari hanya cahayanya kerana ia terbit darinya dan tak bercerai siang dan malamnya dengannya. Kalaulah matahari umurnya 1 (satu) juta tahun, maka cahayanyapun akan berumur sejuta tahun pula. Kalau matahari hilang maka cahayanyapun akan hilang. Matahari hanya dapat dilihat melalui cahayanya, tanpa cahaya, mataharipun tak dapat dilihat”.

"Namun cahaya matahari, bukanlah matahari – cahaya matahari adalah getaran transversal dan longitudinal dari matahari sendiri (Huygens)", jelas Prof.
Prof menyimpulkan, "Dan Rasulullah adalah satu-satunya manusia akhir zaman yang mendapat Nur Illahi dalam dadanya. Mutlak jika hendak mendapatkan frekuensi Allah, ujung dari nur itu yang berada dalam dada Rasulullah harus dihubungi."

“Bagaimana cara menghubungkannya, sementara Rasulullah sudah wafat sekian lama?” tanya Presiden. “
Prof menjawab, "Memperbanyak selawat atas Nabi tentu akan mendapatkan frekuensi Beliau, yang otomatis mendapat frekuensi Allah SWT.
–Tidak kukabulkan doa seseorang, tanpa shalawat atas Rasul-Ku. Doanya tergantung di awang-awang – (HR. Abu Daud dan An-Nasay).

Jika diterjemahkan secara akademis mungkin kurang lebih : “Tidak engkau mendapat frekuensi-Ku tanpa lebih dahulu mendapat frekuensi Rasul-Ku”.
Sontak Presiden berdiri. “You are wonderful” teriaknya. Sejurus kemudian, dengan merangkul kedua tangan profesor, Presidenpun bermohon : “Profesor, doakan saya supaya dapat mati dengan tersenyum....dst"


Adaptasi daripada …https://www.facebook.com/muhammad.arifmajdi

Selasa, 26 Disember 2017


Siapakah ahli-ahli Fiqh?

Ahli-ahli fiqh bermaksud orang yang pakar dalam Fiqh. Di dalam bahasa Arab ia dinamakan sebagai al-Faqih atau jamaknya al-Fuqahak. Di kalangan Fuqahak atau ahli-ahli Fiqh ada yang mengeluarkan pandangan sendiri tanpa terikat dengan mana-mana ahli Fiqh yang lain sama ada yang hidup sebelum atau sezaman dengan mereka. Mereka mencipta atau mengasaskan usul-usul atau kaedah-kaedah untuk mengeluarkan hukum dari al-Quran dan as-Sunnah dan berijtihad dengan kemampuan sendiri tanpa terikat dengan Faqih atau ahli Fiqh yang lain. Mereka dinamakan sebagai Mujtahid Mustaqil iaitu orang yang mempunyai kemampuan berijtihad secara berdikari. Bilangan mereka adalah sedikit. 

BELASUNGKAWA

Bermula dari seorang guru, profesor, ahli parlimen serta pesara, dialah Sasterawan Negara Allahyarham Prof Emeritus Dato' Dr Hj Shahnon Ahmad yang dilahirkan pada 13 Januari 1933. Hari ini, Selasa 26 Disember 2017 jam 7.30 pagi di Hospital Kajang, dia pulang ke Kg. Abadi dengan meninggalkan gelaran "Gergasi Novelis Melayu". Antara novel beliau adalah "Rentong", "Protes" dan "Ranjau Sepanjang Jalan". Shahnon membesar dengan dunia kreatif cereka tanah air yang kini sukar dicari ganti. Pergilah pulang sasterawanku. Kami iringi al-Fatihah dan doa semoga engkau aman di sana. Aamiin.

Nama ku diberi sempena namanya, ketika terlibat dengan gerakan anti Mahathir, atas nama seni menulis cereka satira yang cukup kontroversi 'SHIT' membuat beliau dibenci oleh golongan penyokong ‘establishment’. Berjaya menjadi Ahli Parlimen melalui tiket pembangkang namun beliau bukan politikus sejati, sepak terajang dalam politik partai membuat beliau lelah lalu mengundur diri…


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أَللَّهُم ّغْفِرْلَهُ وَارْحَمْه ُوَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
سموݢ ارواح دتمڤتکن دالم کالڠن مريک يڠ برايمان



Selasa, 19 Disember 2017




ALHAMDULILLAH, TERIMA BERITA GEMBIRA KEMBALI BERKHIDMAT DI MELAKA, NAMUN….KEPIMPINAN MERUPAKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB...

Kepimpinan merupakan perkara asas yang wujud dalam kehidupan. Fungsi kepemimpinan wujud di semua peringkat masyarakat mengikut tahap-tahap dan tugas-tugas tertentu. Seorang individu sekurang-kurangnya menjadi pemimpin kepada dirinya. Seorang individu mungkin merupakan ketua keluarga, ketua pertubuhan atau organisasi dan ketua negara. Ringkasnya, setiap individu mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.

Hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang ketua negara adalah penjaga dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang suami adalah penjaga keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah penjaga rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya, seorang khadam  (pembantu) adalah penjaga terhadap harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadap  dipimpinnya". (Riwayat al-Bukhari) 


Doa  dalam Al-Quran:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

 “Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa” (QS. Al Furqan: 74).







Isnin, 18 Disember 2017


Siapakah yang digelar wali Allah?

1. Ibnu Abas seperti yang tercatat dalam tafsir Al Khazin menyatakan “ Wali-wali Allah itu adalah orang yang mengingat Allah dalam melihat”.

2. Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin Zubair berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya orang tentang Wali-wali Allah. Baginda mengatakan “Mereka itu adalah orang yang apabila melihat, mereka melihat Allah”.


3. Abu Bakar Al Asam mengatakan “Wali-wali Allah itu adalah orang yang diberi hidayat oleh Allah dan mereka pula menjalankan kewajiban penghambaan terhadap Allah serta menjalankan dakwah menyeru manusia kepada Allah”.


Image result for sunan ampel (raden rahmat)
Sunan Ampel.




Ziarah Makam Sunan Ampel.




Ruang perniagaan di Kompleks Wisata Religi Sunan Ampel.



Ahad, 17 Disember 2017


Galakan Umat Manusia Untuk Mengembara Dan Melihat Dunia dalam Al-Quran


هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ     (١٥)

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi. Islam sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan. Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi. Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan.


Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 3 people, indoorImage may contain: 3 people, people sitting

Image may contain: 1 person, sitting


Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: sky and outdoor

Sebuah perjalanan... penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Bandara Juanda, Sidoarjo, Surabaya Indonesia pada 11 Disember 2017.

Kenali Sejarah…

Tawarikh, Sejarah, History –Inggeris, Arab - Syajaratun yang bermaksud pohon. History merupakan terjemahan dari perkataan Yunani iaitu Histories yang membawa makna satu penyelidikan atau pun pengkajian. Menurut Kamus Dewan Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau.

Mengikut Herodotus,"Bapa Sejarah” Sejarah ialah tindakan manusia dan sebab-sebab yang dilakukan oleh mereka. Mengikut Ibn Khaldun, Sejarawan Islam Sejarah menceritakan hal tentang manusia dan perbuatan-perbuatan yang berlaku dalam masyarakat tersebut.

Sejarah Patung Sura dan Buaya

Patung Sura dan Buaya (Jawa: Patung Suro lan Boyo) adalah sebuah patung yang merupakan lambang Kota Surabaya. Patung ini berada di depan Kebun Binatang (Zoo) Surabaya. Patung ini terdiri atas dua haiwan ini yang menjadi inspirasi nama kota Surabaya: ikan sura dan buaya.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoorImage may contain: 3 people, people standing and outdoor


Image may contain: 1 person, standing, shoes, plant and outdoor


Allah Tundukkan Haiwan Untuk Manusia…

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ   (٧١) وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ (٧٢)وَلَهُمْ فِيهَا مَنَافِعُ وَمَشَارِبُ أَفَلا يَشْكُرُونَ (٧٣)

Firman Allah (QS. Yasin (36): 71-73) bermaksud:
Dan tidakkah mereka melihat bahawa Kami telah menciptakan haiwan ternakan untuk mereka, iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami, lalu mereka menguasainya? (71) Dan Kami menundukkannya (haiwan-haiwan) untuk mereka, lalu sebahagiannya untuk menjadi tunggangan mereka dan sebahagian untuk mereka makan.(72) Dan mereka beroleh berbagai manfaat dan minuman darinya. Maka mengapa mereka tidak bersyukur? (73) 

Lokasi Gunung Bromo, Malang, Indonesia.

Image may contain: 2 people, sky, outdoor and nature

Image may contain: 2 people, people smiling, mountain, sky, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, riding on a horse, horse, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, sky, horse, outdoor and nature


Tanda Kekuasaan Allah Dalam Penciptaan Buah-Buahan…

“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat”. [35. Surat Fatir: 27]


“Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” [QS: an-Nahl: 11]

Lokasi Kebun Apel Malang, Indonesia...08 Disember 2017

Image may contain: 1 person, tree, fruit and outdoor

Image may contain: 1 person, plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: plant, sky, tree, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, tree, plant, child, outdoor and nature

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, tree, child, outdoor and nature
Semua Makhluk Bertasbih Kepada Allah

Alqur’an : Surah al Isra 44 : “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.”


Hadis : Sahabat mendengar dzikirnya kerikil
Abu Dzar ra. ia berkata, “Saya pernah hadir dalam sebuah pertemuan disisi Nabi SAW. Saya melihat beberapa batu kerikil yang dipegang baginda mengucapkan tasbih. Ketika itu di antara kami ada Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Mereka semua yang hadir dipertemuan itu mendengar tasbih benda tersebut. Kemudian batu-batu kerikil itu diserahkan oleh Nabi SAW kepada Abu Bakar yang dapat didengar oleh semua orang yang hadir dipertemuan itu. Ketika diberikan lagi kepada beliau kerikil itupun masih tasbih ditangan beliau, kemudian beliau menyerahkan kepada Umar dan batu kerikil itu pun mengucapkan tasbih ditangannya yang boleh didengar oleh semua orang yang hadir dipertemuan. Kemudian Nabi SAW menyerahkan kepada Usman dan ia pun mengucapkan tasbih ditangannya. Tetapi ketika batu kerikil itu diserahkan oleh Nabi  kepada kami, ia tidak mahu bertasbih bersama seorang pun di antara kami. (Diriwayatkan oleh Thabrani dalam buku haditsnya Al-Mu’jamul Ausath nombor 1244 dan oleh Abu Nu’man dalam Dalaa’ilun Nubuwwah I/404).

Lokasi Pasir Berbisik, Bromo Tengger Semeru National Park, Malang..


Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, mountain, sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, smiling, mountain, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, mountain, sky, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, mountain, nature and outdoor





Image may contain: 1 person, smiling, text and outdoor


Masya Allah, semakin tinggi semakin*sejuk

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak?” (An Naba', 78: 6-7).

“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk” (QS. Al Anbiya: 31).

“Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk” (Surat An-Nahl:15).


*Ini menjawab bahawa udara mampu menyerap panas matahari, semakin tinggi kepadatan udara maka semakin banyak panas matahari yang diserap. Dan semakin tinggi puncak gunung, semakin rendah kepadatan udaranya. Masya Allah.

Lokasi di Puncak Gunung Bromo(9°Celcius)
Taman Nasional Gunung Bromo
Probolinggo, Jawa Timur...



Image may contain: 2 people, hat

Image may contain: 2 people

Image may contain: 1 person, mountain, tree, outdoor and nature

Image may contain: 3 people, people sitting, sky and outdoor

Image may contain: 1 person, mountain, sky, outdoor and nature

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, hat and outdoor

Selasa, 7 November 2017



Musim Haji 1434Hijrah bersamaan 2013 telah pun berlalu. Bermakna setahun sudah berlalu selepas aku dan isteri memunaikan ibadat Haji pada tahun 2012, namun catatan perjalanan tersebut sampai kini gagal didokumentasikan dalam blog yang lama ku rancang. Justeru bila blog mindashahnon.blogspot tidak dapat diaktifkan lagi, terpaksa aku buat blog baru ini dengan pautan kekal kepada blog lama. Maknanya segala catatan dalam blog ini adalah kesinambungan dari blog mindashahnon.blogspot. Untuk catatan pertama ini aku akan insertkan video perjalanan haji yang telah lama kusiapkan tapi belum lagi diupload. Semoga sejarah ini akan menjadi kenangan dan rujukan penting dalam melalui detik-detik kehidupan mendatang...

Rabu, 4 Oktober 2017

Semalam di Palembang (Tanah Leluhur Aku Datang)

Semalam di Palembang (Tanah Leluhur, Aku Datang)



Lima dasawarsa dulu
Saban malam mendengar atok tino melipurlara
tentang bumi Palembang berdaulat
Asal mula bersetia antara
Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba,
Turunnya Sang Nila Utama 3 bersaudara
Bukit Siguntang laksana emas bercahaya
Wan Empuk Wan Malini dan Wan Sendari
Melahir titisan Melayu ke hari ini

Lagenda Meranjat,  ceritera penuh hikmat
Si Pahit Lidah, meski sekadar mitos rakyat
Usang harimau, sosok gagah asal hikayat
Lantas minda bawah sedar mendesak
Satu hari akan ku jejak
Tanah leluhur penuh riwayat

Lima dasawarsa usai
Meski dalam sibuk terbuai
Hidup duniawi yang langka santai
Namun tak pernah lupa untuk mencari asal denai
Sekian lama di minda bawah sedar tersadai

Tanggal 08 September 2017,
Mimpi bertamu ketanah leluhur menjadi nyata
Bumi Palembang menyambut tiba
Tika solat Jumaat, di Masjid Agung bertuah
Hujan turun melimbah
Seakan turut bersedih menangisi pulangnya ke rahmatullah
Sultan Mahmud Badaruddin III Prabu Diradja
Kesultanan Palembang Darussalam yang dulu hilang
Angkara kolonial sumbang
Kini terbit semula selepas hampir seperlima millennia*
Meski sekadar simbol budaya, bukan sebagai sebuah kuasa

Saat menziarah makam Salatin Palembang Darussalam,
Bertemu ahlad diyar umarak dan ulamak besar
Disini rupanya makam ayah dan nenda
Habib Noh ulama tersohor dari Singapura
Kawah tekurep  wisma pusara
Innalililahi wa inna ilaihi rajiun
Semoga segala dosa para arwah diampun.

Menyusuri Musi dengan ketek
Melewati geretak AMPERA
Mengintai garis masa kehidupan
Antara kini dan masa silam
Bahtera dagang dan dermaga saksi kemajuan,
Namun..
Di sini masih ada warga mencari rezeki tradisi
Ada keluarga mencuci dan mandi
Ada anak berenang menongkah kali
Meraga terampil mengawang badan
Mengejar rezeki lontaran wisatawan
Persis setengah abad dulu aku pun demikian

Dari Jakabaring ke selatan
Menuju  Indralaya dan Kayuagung  daerah Ogan,
Sehingga tiba Desa Rawang Besar dan Dusun Meranjat Dua
Akhirnya bertemu jua
Waris titisan dari pohon yang sama
Bercerita, bercanda tentang sejarah keluarga
Sayang masanya singkat cuma
Tak sedar telah tiba masa
Mengucap pamit dan ketemu lagi entah bila.

Panorama sepanjang jalan
Rumah limas Melayu
Bumbung piramida tanpa tebar layar
Jajaran macet dan kasar
Bahu jalan liar terbiar
Menambah rencah sebuah safar...

Kerajinan Songket Palembang
Budaya Melayu warisan
Busana  indah  zaman berzaman
Makanan urang Palembang
Pempek dan tekwan
Sumber protin berasas ikan
Gabus@haruan jadi kemplang..
Mee celor ala laksam
Lemak nian menu pindang
Daging, ayam, ikan
Seluang goreng dan patin tempoyak, 
nostalgia santapan enak

Mercu tanda kota Palembang
Al Bayt Quran akbar simbol syiar
Monpera enam cagak berdiri tegar
Muzium Sriwijaya mengungkap rahsia
Tugu Belido bernuansa kencana
Benteng Kuto besak kota pertahanan
Bukit Siguntang Mahameru lagenda berzaman
Pulau Kemaro atribut cinta sejati
Paparan wajah Palembang dulu dan kini

Semalam di Palembang.  
Tak mungkin terlupakan 
Setiap detik dan ruang
Mengimbau sirah leluhur bertualang 
Berhijrah mengubah destini
Bumi Malaya yang serba jadi
Walau kini berpisah 
Jadi dua watan berbeda 
Namun tali saudara tak akan lerai
Selat Melaka bukan pencerai
Malah penyambung dua pantai
Selamat tinggal bumi Palembang
Semalam bersamamu mengubat rindu sekian waktu 
Moga ada lagi takdir kita  bertemu 
Bumi tumpah darah leluhur ku...



Kota Palembang
11 September 2017