Galakan Umat Manusia Untuk Mengembara Dan
Melihat Dunia dalam Al-Quran
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا
وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ (١٥)
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu
mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah
dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan
hidup semula.
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran
dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah
ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan
"berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi. Islam
sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu
pengetahuan. Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yang pelbagai rupa,
melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai
lagi. Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan
dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan.




Sebuah perjalanan... penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Bandara Juanda, Sidoarjo, Surabaya Indonesia pada 11 Disember 2017.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan