ALHAMDULILLAH, TERIMA BERITA GEMBIRA KEMBALI BERKHIDMAT DI MELAKA, NAMUN….KEPIMPINAN MERUPAKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB...
Kepimpinan
merupakan perkara asas yang wujud dalam kehidupan. Fungsi kepemimpinan wujud di
semua peringkat masyarakat mengikut tahap-tahap dan tugas-tugas tertentu.
Seorang individu sekurang-kurangnya menjadi pemimpin kepada dirinya. Seorang
individu mungkin merupakan ketua keluarga, ketua pertubuhan atau organisasi dan
ketua negara. Ringkasnya, setiap individu mempunyai tanggungjawab dan amanah
yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.
Hadis
daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Setiap
kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap
pimpinannya, seorang ketua negara adalah penjaga dan dia bertanggungjawab
terhadap rakyatnya, seorang suami adalah penjaga keluarganya dan dia
bertanggungjawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah penjaga
rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya,
seorang khadam (pembantu) adalah penjaga
terhadap harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadap dipimpinnya". (Riwayat al-Bukhari)
Doa dalam Al-Quran:
رَبَّنَا
هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ
إِمَامًا
“Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami
isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan
jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa” (QS. Al Furqan:
74).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan