BELASUNGKAWA
Bermula dari seorang guru, profesor, ahli
parlimen serta pesara, dialah Sasterawan Negara Allahyarham Prof Emeritus Dato' Dr Hj
Shahnon Ahmad yang dilahirkan pada 13 Januari 1933. Hari ini, Selasa 26
Disember 2017 jam 7.30 pagi di Hospital Kajang, dia pulang ke Kg. Abadi dengan
meninggalkan gelaran "Gergasi Novelis Melayu". Antara novel beliau adalah "Rentong", "Protes" dan "Ranjau Sepanjang Jalan". Shahnon membesar dengan dunia kreatif cereka tanah air yang kini sukar dicari
ganti. Pergilah pulang sasterawanku. Kami iringi al-Fatihah dan doa semoga
engkau aman di sana. Aamiin.
Nama ku diberi sempena namanya, ketika
terlibat dengan gerakan anti Mahathir, atas nama seni menulis cereka satira
yang cukup kontroversi 'SHIT' membuat beliau dibenci oleh golongan penyokong ‘establishment’. Berjaya
menjadi Ahli Parlimen melalui tiket pembangkang namun beliau bukan politikus
sejati, sepak terajang dalam politik partai membuat beliau lelah lalu mengundur
diri…
إِنَّا
لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أَللَّهُم
ّغْفِرْلَهُ وَارْحَمْه ُوَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
سموݢ
ارواح دتمڤتکن دالم کالڠن مريک يڠ برايمان

Tiada ulasan:
Catat Ulasan